Petitions.nz

PETISYEN KAJI SEMULA DAN TAMBAHBAIK TERHADAP REKA BENTUK VEST PENGUATKUASA TERKINI

M Mohd Sahrizan · MY

PETISYEN KAJI SEMULA DAN TAMBAHBAIK TERHADAP REKA BENTUK VEST PENGUATKUASA TERKINI

 

Kami, anggota penguatkuasa dan pihak yang menyokong usaha memperkukuhkan imej profesional penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ingin menyuarakan pandangan supaya kaji semula terhadap reka bentuk vest penguatkuasa yang terkini.

 

Kami berpandangan bahawa pakaian seragam dan vest penguatkuasa bukan sekadar pakaian kerja, malah merupakan identiti rasmi yang mencerminkan autoriti, profesionalisme, ketegasan dan imej KKM ketika menjalankan tugas penguatkuasaan di lapangan.

 

Sehubungan itu, kami memohon agar reka bentuk vest penguatkuasa yang terkini dikaji semula dan ditambah baik supaya:

 

1.Mempunyai reka bentuk yang lebih profesional, kemas dan berimej rasmi.

 

2.Menampilkan identiti penguatkuasa KKM dengan jelas dan mudah dikenali oleh orang awam;

Mempunyai ciri visual yang melambangkan autoriti dan fungsi penguatkuasaan

 

3.Sesuai digunakan dalam pelbagai operasi, pemeriksaan dan aktiviti penguatkuasaan di lapangan.

 

4.Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap anggota yang menjalankan tugas penguatkuasaan.

 

5.Mengambil kira aspek keselesaan, keselamatan, ketahanan dan praktikaliti semasa menjalankan tugas.

 

Petisyen ini bukan bertujuan untuk mempertikaikan usaha pihak SIP, sebaliknya merupakan pandangan dan cadangan daripada warga penguatkuasa serta pihak yang berkepentingan agar identiti dan penampilan anggota penguatkuasa dapat diperkasakan.

 

Kami berharap pihak SIP dapat mempertimbangkan pandangan ini dan menjalankan semakan atau penilaian terhadap reka bentuk vest tersebut, termasuk mendapatkan pandangan anggota penguatkuasa yang menggunakannya secara langsung di lapangan.

 

Kami menyokong usaha untuk mewujudkan vest penguatkuasa KKM yang lebih profesional, kemas, berautoriti dan mencerminkan imej penguatkuasaan KKM.

 

#VestPenguatkuasaKKM

#ImejProfesionalPenguatkuasa

#PenguatkuasaanKKM

#SuaraPenguatkuasa

Share this petition

Help this petition get more signatures.

Paste the link into a message and send it to friends who might sign.

Scan to sign

Show this code to a friend: they point their phone camera at it and can sign right away.




Paid advertising

Petitions.nz will advertise this petition to 3,000 people.

Learn more...

Choose your budget
Payment method
PayPalGoogle PayApple PayCredit Card

Choose a payment method to continue.